Jemputan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Kota Marudu 2016

Pengetua / Guru Besar

SMK / SK / SJK(C)
Daerah Kota Marudu

Tuan/Puan,

JEMPUTAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Urusetia Pemilihan Tokoh Nilam Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Kota Marudu Tahun 2016. Para Tokoh Nilam yang terpilih akan mewakili daerah Kota Marudu ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Utara yang akan di Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) Utara (Kota Belud).

3.   Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghantar calon Tokoh NILAM bagi mewakili sekolah pada pemilihan tersebut yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   :     23 Februari 2016 (Selasa)
Masa     :     Jam 8.00 pagi  hingga 5.00 petang
Tempat :     Pusat Kegiatan Guru Kota Marudu, Kota Marudu.

4.   Sila muat turun Bahan Penyertaan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Kota Marudu pada pautan tertera.

5.   Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, boleh diajukan kepada urusetia pelaksana, En. Aminulrashid bin Fauzi Rahman @ Baudi, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Kota Marudu di talian 088-661876 pada waktu pejabat.

6.   Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pautan

* sila rujuk group telegram untuk kata laluan untuk muat turun