Bahan Digital MBMMBI 2015


Pengetua / Guru Besar
SMK / SK / SJK(C)
Daerah Kota Marudu

Tuan/Puan

BAHAN DIGITAL MBMMBI 2015

Merujuk perkara di atas.

2.   Merujuk kepada Memo Dalam Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BTP, KPM), No. Rujukan:  KP(BTP-PPM)8815215 Jld. 3 (1), adalah dimaklumkan bahawa pihak BTP, KPM telah diberi tanggungjawab untuk mengedarkan Bahan Digital MBMMBI 2015 melalui Pusat Kegiatan Guru (PKG) daerah masing-masing.

3.   Sehubungan itu, pihak Tuan/Puan diminta datang atau menghantar wakil Guru Media dan Perpustakaan (GPM) untuk mengambil Bahan Digital MBMMBI 2015 seperti maklumat di bawah sebelum atau pada 31 Disember 2014 (Rabu) di Pusat Kegiatan Guru Kota Marudu kecuali SMK Bandau dan SMK Bengkongan.

Bil Tajuk  Tahap  Jenis Jumlah
3.1  Bahan Digital Bahasa Malaysia
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
 T4 & T5  Bahan Digital 2
3.2  Sky Software House
English Language Program
 T4 & T5  Bahan Digital 2
3.3  Perisian Kandungan Menengah Atas
(Komunikasi Bahasa Malaysia)
 Menengah Atas  Perisian 2
3.4  Study Skills Success
(Preparing to Study in English)
 Menengah Atas  Perisian 2
3.5  English Language Year 5 and Year 6  D5 & D6  Bahan Digital 2

4.   Sebarang kemusyikalan dan pertanyaan, bolehlah menghubungi En. Joel Sayaman di talian 088-661876 pada waktu pejabat; melalui emel pkg_kota_marudu@gov.moe.my atau pkgkmarudu@gmail.com.

5.   Penggunaan Bahan Digital MBMMBI yang proaktif dapat meningkatkan keberhasilan PdP sekolah-sekolah masing-masing.

Sekian dan harap maklum.


MBMMBI 2015