Piagam Pelanggan

Pusat Kegiatan Guru Kota Marudu, Sabah berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan dengan memberi perkhidmatan berdasarkan kemahiran yang ada melalui:
  1. Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
  2. Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
  3. Khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan teknologi pendidikan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
  4. Khidmat bantu kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.
  5. Kemudahan menggunakan bilik mesyuarat, bilik bengkel, bilik taklimat serta peminjaman bahan dan peralatan yang berkaitan.
  6. Layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.


Leave a Reply